Sunday, November 22, 2009

PAPA PERGI MANA??



NANA.....
Itulah panggilan yang sering kedengaran di cuping telingaku sejak 9 tahun lalu. Panggilan sayup-sayup kedengaran daripada Papaku. Lantas ku menjawab..." Ya, Papa..kejap Nana datang ni."
Bergetar sahaja gegendang telingaku, sepantas kilat ku mengorak langkah kearah Papa. Diberinya aku bakul kepada Papa, lalu muntahlah Papa di dalam bakul itu. Aku hanya tersenyum melihat Papa tatkala dia mengucapkan "Terima Kasih Sayang".
Selama beberapa bulan, Papa terlantar sakit dan semakin hari Papa kelihatan semakin tenat, tenat dan tenat. Disaat itu aku hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa. Hospital telah menjadi rumah kedua bagi Papa. Papa sering berulang alik ke Hospital untuk mendapatkan rawatan. Keluar masuk wad sudah menjadi jadual tetap dalam hidup Papa.

Pada suatu hari, Mama seperti biasa pergi ke hospital pada sebelah paginya dan pulang pada sebelah petangnya. Petang itu, keadaan Mama lain benar seakan-akan menyorokkan sesuatu. Malam itu, selepas selesai makan, Mama terus menunaikan ibadah solat. Lama betul Mama di tikar sembahyang, senja itu. Selepas menunaikan sembahyang sunat, Mama berzikir. Mama berwirid. Mama berdoa. Doanya panjang dan ikhlas. Mama memohon petunjuk dan keredaan dari Allah. Aku hanya memandang Mama dari luar bilik. Tiba-tiba mak ngah dan makcik aku masuk ke dalam bilik lalu, duduk berhadapan dengan Mama. Aku dapat melihat dari jarak jauh Mama aku sedang tertunduk menangis. Aku tidak mampu melakukan apa-apa sekadar melihat dari jarak jauh. Ikutkan hati mahu sahaja aku berlari masuk ke dalam bilik itu. Namun, aku tidak mampu untuk melakukan itu semua.
Beberapa minit kemudian, makcik aku datang menghampiri aku lalu memanggil aku masuk ke dalam biliknya. Dengan rupanya yang sayup dan bibirnya yang berat untuk berkata-kata terpaksa juga dia memberitahu aku walaupun beritanya berat. Pendengaran aku ditumpu berhati-hati. Seluruh badanku terkaku, aku meneguk air liur lambat-lambat. Degup jantungku terasa kuat bagai bunyi gendang di pentas hiburan. Setelah aku mendapat berita bahawa Papa aku tidak mampu bertahan lama, aku terdiam terpaku, diam tanpa seribu bahasa!!!
Beberapa minggu kemudian, Papa secara tiba-tiba meminta izin untuk pulang berehat di rumah. Dengan izin doktor Papa dibenarkan keluar. Tanpa diduga itulah petanda bahawa Papa akan pergi buat selamanya. Pada keesokkan paginya, Papa berada dalam keadaan nazak, aku meronta-ronta untuk berjumpa Papa buat kali terakhir sebelum nafasnya yang terakhir. Namun, pakcik aku tidak membenarkan aku masuk melihat Papa. Aku sungguh terkilan lagi-lagi apabila adik aku bertanya “ Kakak, Papa pergi mana ?” ketika itu, aku hanya mampu melemparkan senyuman yang pahit kepada adikku. "Papa kat atas tapi papa ada je tengok kita..."
Namun, aku bersyukur aku sempat membantu dan membelai papa tatkala dia memerlukan aku tetapi kini tiada lagi kedengaran sayup-sayup panggilan "NANA............."

Tuesday, November 17, 2009

KENALI INSAN BERNAMA AIHARRA






AIHARRA NIENA...ITU AKU!!

Pada malam jumaat, tepat jam berdetik 10.27 minit, tanggal 22 JUN 1990, lahirlah aku ke muka bumi. Lahirnya aku sebagai Puteri Sulung dalam keluarga. Lahirnya aku dengan cukup sifat. Aku punya perasaan sayang, marah, benci, kecewa, suka.....Aku seorang gadis yang pemalu dan manja. Aku suka diberi perhatian, dibelai dan dimanjakan. Namun, aku harus sedar, pasti ada "mereka" yang tidak selesa dengan perwatakan aku. Dan,aku harus akur sekiranya aku harus menjadi lebih matang demi masa depan.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana yang juga pernah merasa susah dan senang.Namun,itu semua tidak pernah sesekali menjatuhkan aku, malah ianya lebih menguatkan aku untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai Puteri Sulung.
Aku seorang yang berfikiran terbuka,aku boleh menerima apa sahaja cabaran. Namun,tak dapat dinafikan aku seorang yang sensitif. Aku amat sensitif dengan perasaan aku sendiri sehinggakan aku sendiri xdapat nak kenal pasti siapa aku??
Dan sehingga kini juga, aku masih tercari-cari siapa sebenarnya insan yang bernama Aiharra Niena???

AKU HANYA INSAN CIPTAAN ILLAHI


AKU TAK LAWA,
AKU TAK CANTIK,
AKU TAK KURUS,
AKU TAK TINGGI,
AKU TAK PANDAI,
AKU TAK CERDIK,
AKU TAK BERWANG,
AKU TAK BERHARTA,
AKU TAK PUNYA APA-APA,
SIAPA AKU??
SIAPA AKU??
AKU HANYA INSAN CIPTAAN ILLAHI