NANA.....
Itulah panggilan yang sering kedengaran di cuping telingaku sejak 9 tahun lalu. Panggilan sayup-sayup kedengaran daripada Papaku. Lantas ku menjawab..." Ya, Papa..kejap Nana datang ni."
Bergetar sahaja gegendang telingaku, sepantas kilat ku mengorak langkah kearah Papa. Diberinya aku bakul kepada Papa, lalu muntahlah Papa di dalam bakul itu. Aku hanya tersenyum melihat Papa tatkala dia mengucapkan "Terima Kasih Sayang".
Selama beberapa bulan, Papa terlantar sakit dan semakin hari Papa kelihatan semakin tenat, tenat dan tenat. Disaat itu aku hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa. Hospital telah menjadi rumah kedua bagi Papa. Papa sering berulang alik ke Hospital untuk mendapatkan rawatan. Keluar masuk wad sudah menjadi jadual tetap dalam hidup Papa.
Pada suatu hari, Mama seperti biasa pergi ke hospital pada sebelah paginya dan pulang pada sebelah petangnya. Petang itu, keadaan Mama lain benar seakan-akan menyorokkan sesuatu. Malam itu, selepas selesai makan, Mama terus menunaikan ibadah solat. Lama betul Mama di tikar sembahyang, senja itu. Selepas menunaikan sembahyang sunat, Mama berzikir. Mama berwirid. Mama berdoa. Doanya panjang dan ikhlas. Mama memohon petunjuk dan keredaan dari Allah. Aku hanya memandang Mama dari luar bilik. Tiba-tiba mak ngah dan makcik aku masuk ke dalam bilik lalu, duduk berhadapan dengan Mama. Aku dapat melihat dari jarak jauh Mama aku sedang tertunduk menangis. Aku tidak mampu melakukan apa-apa sekadar melihat dari jarak jauh. Ikutkan hati mahu sahaja aku berlari masuk ke dalam bilik itu. Namun, aku tidak mampu untuk melakukan itu semua.
Beberapa minit kemudian, makcik aku datang menghampiri aku lalu memanggil aku masuk ke dalam biliknya. Dengan rupanya yang sayup dan bibirnya yang berat untuk berkata-kata terpaksa juga dia memberitahu aku walaupun beritanya berat. Pendengaran aku ditumpu berhati-hati. Seluruh badanku terkaku, aku meneguk air liur lambat-lambat. Degup jantungku terasa kuat bagai bunyi gendang di pentas hiburan. Setelah aku mendapat berita bahawa Papa aku tidak mampu bertahan lama, aku terdiam terpaku, diam tanpa seribu bahasa!!!
Beberapa minggu kemudian, Papa secara tiba-tiba meminta izin untuk pulang berehat di rumah. Dengan izin doktor Papa dibenarkan keluar. Tanpa diduga itulah petanda bahawa Papa akan pergi buat selamanya. Pada keesokkan paginya, Papa berada dalam keadaan nazak, aku meronta-ronta untuk berjumpa Papa buat kali terakhir sebelum nafasnya yang terakhir. Namun, pakcik aku tidak membenarkan aku masuk melihat Papa. Aku sungguh terkilan lagi-lagi apabila adik aku bertanya “ Kakak, Papa pergi mana ?” ketika itu, aku hanya mampu melemparkan senyuman yang pahit kepada adikku. "Papa kat atas tapi papa ada je tengok kita..."Namun, aku bersyukur aku sempat membantu dan membelai papa tatkala dia memerlukan aku tetapi kini tiada lagi kedengaran sayup-sayup panggilan "NANA............."
along.. sabar ek.. bnyk2 b'doa smoga arwah papa tenang n aman kt sne..
ReplyDeletesdh cgt..
owg nng smbl bce ni..
owg sdekahkn al-fatihah tuk papa..
T_T
terima kasih sayang..
ReplyDeletealong rindu sangat kt papa...
hmm...T_T
sayang,,yg pergi xkan kembali..kite yg maseh ade wajib mendoakan utk papa..xperlu sedih malah reda dgn ketentuan tuhan,,sume org akan melaluinye,,lambat or cepat..papa pergi mnyambut seruan ilahi//Allah maha adil mak itu dia mengatur takdir buat umatnya..iALLAH one day Allah akan tnjk hikmahnya kpd semua,,semoga tabah menghadapi hari2 yg bertambah berliku.."ALLAH menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya"
ReplyDeletebtw,,nickname same!
THANKS SYG!!
ReplyDeleteTHAXZ BABY !!
ReplyDelete